YA ALLAH..
adakah Kau masih mengenali aku..
sudah lama rasanya aku tak bertemu-Mu..
adakah aku layak untuk meminta sedangkan segala yang Kau pinta amat payah ditunaikan..
TUHAN..
aku bersyukur kerana Kau sentiasa ada memberiku petunjuk-Mu..
hidayah-Mu..
janganlah aku semakin sesat didunia-Mu yang penuh dengan dosa, maksiat dan bisikan syaitan
yang akan menghalangku dari bertemu-Mu dalam keadaan yang mulia..
jauhkanlah aku dari topeng drama manusia ini ..
dari dunia yang penuh dengan dosa dan maksiat..
kata-kata yang tidak lekang dari pendustaan..
minuman syaitan yang melalaikan..
lembah kejahatan dan kekejaman..
YA ALLAH..
sesungguhnya aku lah hamba-Mu yang sesat..
sesat disogok kesenangan dunia..
keluarkanlah aku dari kesenangan itu..
supaya aku bertemu ketenangan-Mu..
Sunday, 19 July 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment